Kala negara sedang berdepan dengan krisis kesihatan dan ketidaktentuan politik – terdapat hampir 580,000 perniagaan kini sedang berdepan dengan risiko penutupan premis menjelang Oktober kelak.
Perkara itu dilihat akan berlaku, sekiranya tempoh sekatan ketika ini terus dilanjutkan.
Berdasarkan tinjauan MEDAC – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi tempoh 15 Jun sehingga 28 Jun bersama 6,664 responden, momentum ini akan mendorong kepada peningkatan pengangguran negara dengan jangkaan lebih 7 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan.
Angka ini tidak termasuk dengan jumlah tanggungan individu pada anggaran tersebut.
Aspek lain yang turut mendorong kepada penutupan perniagaan kelak – adalah disebabkan;
- Kekurangan keyakinan peniaga terhadap hasil sekatan ini
- Kerugian kos yang perlu ditanggung oleh mereka
- Hampir 60% usahawan – berdepan dengan satu masalah kesihatan mental ketika tempoh sekatan
- Lebih 90% peniaga tidak memiliki insurans
- 70% peniaga tiada jaringan perlindungan premis sekiranya alami kerugian
Lebih meruntunkan jiwa – dapatan juga dapati satu pertiga responden tidak menerima sebarang bantuan dari kerajaan.