Artikel

Sabah Kini Beralih Ke Fasa Kedua PPN, Sertai 6 Buah Negeri Lain – Berkuat Kuasa Mulai 10 Julai

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini bersetuju membenarkan peralihan negeri Sabah ke fasa kedua di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Penguatkuasaan itu akan dilaksanakan mulai 10 Julai ini.

Untuk makluman peralihan ini dilakukan berasaskan nilai ambang kes harian, kapasiti unit rawatan rapi (ICU) yang sederhana dan liputan vaksin lengkap telah melebihi 10%.

Bagaimanapun, pada fasa kedua – perjalanan rentas daerah, negeri masih tidak dibenarkan. Kecuali melibatkan pergerakan guru serta pelajar yang perlu mengikuti kelas peperiksaan utama.

Berita dari semasa ke semasa akan menyusul.

Pelan Pemulihan Negara