Memahami tuntutan PKPD di mukim Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur mulai 3 Julai kelak – para pekerja yang bukan dalam sektor perkhidmatan perlu atau tidak berkepentingan, kini tidak dibenarkan keluar dari kawasan tersebut.
Termasuklah ke tempat kerja mereka.
Menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi pekerja yang berada di kawasan terlibat, harus dibenarkan bekerja dari rumah (BDR). Tindakan itu perlu dilakukan oleh setiap majikan. Tindakan ini selari dengan sasaran negara untuk melandaikan kembali keluk penularan COVID-19.
Sekiranya terdapat penindasan atau tidak mematuhi arahan tersebut – para pekerja boleh melanjutkan aduan tersebut pada aplikasi Working for Workers (WFW). Setiap aduan yang dilakukan, akan diambil tindakan segera ke atas pengurusan perniagaan yang tidak bertanggungjawab.
Berdasarkan perkongsian makluman MKN semalam – hanya pekerja sektor berkepentingan yang memiliki surat kebenaran MITI sebelum ini dibenarkan bertugas. Bagi sektor bukan keperluan – tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD.
Ini perincian lanjut berhubung pelaksanaan PKPD di mukim Selangor dan beberapa lokaliti KL mulai 3 Julai kelak:
- Orang awam dikawasan PKPD tidak dibenarkan keluar dari kediaman, hanya 1 orang wakil sahaja dibenarkan keluar membeli barangan keperluan
- Pergerakan tidak lebihi radius 10 kilometer dari kediaman
- KKM akan melaksanakan uian saringan secara bersasar
- Pergerakan untuk menerima vaksin dibenarkan – individu perlu pamerkan butiran temu janji di aplikasi MySejahtera
- Bilangan penumpang seru-pandu hanya 2 orang sahaja
- Tiada sebarang pergerakan setelah jam 8.00 malam – hanya kes kecemasan sahaja dibenarkan
- Hanya sektor perkhidmatan penting sahaja dibenarkan beroperasi sehingga 8.00 pagi dan 8.00 malam
- Sektor seperti kilang bahan makanan dan keperluan asas dibenarkan beroperasi
- Pekerja selain perkhidmatan perlu, tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD
- Hanya pekerja sektor memiliki surat kebenaran MITI dibenarkan bertugas
- Pembelian makanan secara bungkusan dan peghantaran dibenarkan
- Restoran dan kedai makan perlu beroperasi sehingga jam 8.00 malam sahaja
- Kedai runcit, serbaneka dibenarkan beroperasi sehingga 8.00 malam sahaja
- Hospital, klinik, makmal perubatan dibenarkan beroperasi 24 jam
- Sementara kedai ubat-ubatan dan farmasi dibenarkan operasi sehingga 8.00 malam sahaja
- Stesen minyak dibenarkan beroperasi pada 6 pagi sehingga 8.00 malam sahaja – kecuali stesen minyak di lebuh raya (24 jam)
- Pasar borong dibenarkan beroperasi dari 12.00 pagi sehingga 6.00 pagi
- Pasar awam, pasar tani dibenarkan beroperasi sehingga jam 2.00 petang
- Sebarang aktiviti sukan, sosial tidak dibenarkan