Bagi menjamin hak serta kebajikan pekerja dapat diselaraskan dengan lebih baik – Kementerian Sumber Manusia kini memperkenalkan aplikasi digital Working For Workers (WFW).
Menerusi aplikasi ini, ia membolehkan para pekerja kemukakan sebarang aduan tanpa perlu hadir secara fizikal di Jabatan Tenaga Kerja.
Tidak hanya itu, penerapan aplikasi ini juga dapat memberi perincian kepada para pekerja dan majikan berhubung pemahaman undang-undang pemburuhan negara.
Bagi mengakses aplikasi ini terdapat dua bahagian untuk pendaftaran – di mana pekerja tempatan menggunakan kad pengenalan, sementara pekerja asing pula boleh menggunakan pasport mereka,
Untuk makluman, para pekerja dapat melaporkan 14 jenis aduan dan menerima maklum balas berhubung aduan tersebut dalam masa 3 hingga 7 hari.