Berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Penguatkuasaan ini berkuat kuasa mulai 3 Julai sehingga 16 Julai.
Tindakan sedemikian berikutan trend peningkatan kes harian semakin meningkat naik, dengan paras Selangor lebihi 2,000 kes sehari, sementara KL di paras hampiri 1,000 kes sehari.
Ini adalah senarai tersebut:
Menerusi penguatkuasaan ini, ia bermakna segala pergerakan orang awam – termasuklah operasi perniagaan hanya dibenarkan sehingga jam 8.00 malam sahaja. Segala pergerakan akan dikawal dan di selia oleh PDRM.
- Orang awam dikawasan PKPD tidak dibenarkan keluar dari kediaman, hanya 1 orang wakil sahaja dibenarkan keluar membeli barangan keperluan
- Pergerakan tidak lebihi radius 10 kilometer dari kediaman
- KKM akan melaksanakan uian saringan secara bersasar
- Pergerakan untuk menerima vaksin dibenarkan – individu perlu pamerkan butiran temu janji di aplikasi MySejahtera
- Bilangan penumpang seru-pandu hanya 2 orang sahaja
- Tiada sebarang pergerakan setelah jam 8.00 malam – hanya kes kecemasan sahaja dibenarkan
- Hanya sektor perkhidmatan penting sahaja dibenarkan beroperasi sehingga 8.00 pagi dan 8.00 malam
- Sektor seperti kilang bahan makanan dan keperluan asas dibenarkan beroperasi
- Pekerja selain perkhidmatan pertu, tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD
- Hanya pekerja sektor memiliki surat kebenaran MITI dibenarkan bertugas
- Pembelian makanan secara bungkusan dan peghantaran dibenarkan
- Restoran dan kedai makan perlu beroperasi sehingga jam 8.00 malam sahaja
- Kedai runcit, serbaneka dibenarkan beroperasi sehingga 8.00 malam sahaja
- Hospital, klinik, makmal perubatan dibenarkan beroperasi 24 jam
- Sementara kedai ubat-ubatan dan farmasi dibenarkan operasi sehingga 8.00 malam sahaja
- Stesen minyak dibenarkan beroperasi pada 6 pagi sehingga 8.00 malam sahaja – kecuali stesen minyak di lebuh raya (24 jam)
- Pasar borong dibenarkan beroperasi dari 12.00 pagi sehingga 6.00 pagi
- Pasar awam, pasar tani dibenarkan beroperasi sehingga jam 2.00 petang
- Sebarang aktiviti sukan, sosial tidak dibenarkan