Artikel

PETRONAS, Syarikat Induk Shopee – Antara Entiti Rancang Bida Lesen Bank Digital Malaysia

Setelah Axiata-RHB mengumumkan kerjasama berhubung permohonan perolehan lesen bank digital di Malaysia, ternyata kini terdapat beberapa entiiti yang lain turut menzahirkan minat mereka.

Antaranya adalah Petronas – syarikat petrolium kebangsaan dan SEA, syarikat induk Shopee milik Singapura.

Berdasarkan laporan Bloomberg semalam (17 Jun), kenyataan ini diperolehi berdasarkan sumber berdekatan.

Tidak hanya itu – konglomerat negara seperti Genting Bhd, YTL Group, kerajaan Sarawak, dan entiti seperti Grab serta Sunway Bhd turut memaparkan minat yang sama pada bidaan perolehan lesen bank digital.

Apa yang menarik, laporan mengatakan terdapat perancangan pembentukan konsortium antara SEA dan YTL Group dalam membida perolehan tersebut.

Bagaimanapun, setakat ini kesemua pihak enggan memberi sebarang maklum balas.

Untuk makluman Malaysia akan memiliki 5 lesen bank digital yang bakal diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada suku pertama 2022 kelak.

Menurut BNM, permohonan menjalankan perniagaan bank digital ini boleh dikemukakan selewatnya pada 30 Jun 2021 ini.

Adanya permintaan penyertaan yang semakin tinggi ini, dilihat mampu merancakkan lagi momentum pertumbuhan arena institusi perbankan digital Malaysia.