Artikel

Axiata-RHB Bank Umum Kerjasama – Bentuk Konsortium Untuk Peroleh Lesen Bank Digital

Arena perbankan digital negara kini terlihat semakin rancak mempamerkan persaingan antara pemain industri. Terbaharu, Axiata Group bersama RHB Bank telah memeterai kerjasama untuk perolehan lesen bank digital.

Apa yang menarik aturan kerjasama ini akan menyasarkan perluasan kerjasama di bawah Boost, Celcom dan Aspirasi. Di mana akan memperlihatkan pegangan saham majoriti oleh Boost Holdings 60%, sementara RHB Bank memiliki baki pegangan 40%. Pengalaman Boost dalam menerokai arena digital ini tidak lagi asing pada pasaran negara, apatah lagi untuk turut sertai pada persaingan perbankan digital.

Manakala Celcom Axiata Berhad pula akan mengfokuskan kepada perkongsian rakan komersial pemasaran dan Aspirasi pula akan menumpu kepada penawaran insurans mikro serta pembiayaan mikro kepada pelanggan.

Untuk makluman, Malaysia akan memiliki 5 lesen bank digital yang bakal diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada suku pertama 2022 kelak.

Menurut BNM, permohonan menjalankan perniagaan bank digital ini boleh dikemukakan selewatnya pada 30 Jun 2021 ini.

Melalui momentum ini, ia akan menjadikan penyertaan arena perbankan digital antara pemain semakin rancak.