Artikel

Gojek-Tokopedia Tampil Selaku ‘GoTo’, Gabungan Sumbang 2% Daripada KDNK Indonesia – Laporan

Seperti yang dilaporkan pada 15 April lalu, Gojek dan Tokopedia merupakan dua syarikat gergasi teknologi dari Indonesia kini telah membentuk gabungan kumpulan GoTo.

Untuk makluman, Gojek memfokuskan kepada khidmat seru-pandu, penghantaran makanan, serta kewangan – sementara Tokopedia pula memfokuskan kepada e- dagang.

Sebelum ini – fokus perbincangan menakrifkan agihan pegangan saham Gojek sekitar 60%, manakala Tokopedia pula pada anggaran saham 40%. Bagaimanapun makluman agihan itu masih tidak diperincikan setakat ini.

Ternyata dua gabungan entiti telah menjadi antara pelapor terbesar di rantau Asia Tenggara. Berdasarkan laporan terbaharuAndre Soelistyo dari Gojek akan menerajui perniagaan gabungan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GoTo, dengan Patrick Cao dari Tokopedia sebagai Presiden Kumpulan GoTo.  Kevin Aluwi akan terus menjadi CEO Gojek dan William Tanuwijaya akan kekal sebagai CEO Tokopedia. 

Gabungan ini diperkatakan telah bermula sejak beberapa bulan ini. Menerusi perkongsian pembentukan entiti ini, Nilai Transaksi Kasar GoTo kini bernilai lebih RM90 bilion (~AS$22 bilion), dengan pemilikan lebih 11 juta rakan niaga bersama dan lebih 100 juta pengguna aktif bulanan.

Langkah gabungan ini secara langsung menjadikan pembentukan ekosistem kedua entiti telah menyumbang 2% daripada KDNK Indonesia.