Artikel

Gojek Dan Tokopedia Dalam Fasa Akhir Perbincangan Menjadi “Goto” Bernilai RM74 Bilion

Gojek dan Tokopedia merupakan dua syarikat internet dari Indonesia yang besar. Gojek memfokuskan kepada khidmat seru-pandu, penghantaran makanan, serta kewangan – sementara Tokopedia pula memfokuskan kepada edagang.

Gabungan kedua-dua syarikat ini yang sedia besar, akan membentuk sebuah entiti gergasi di bukan sahaja Indonesia, tetapi di rantau Asia Tenggara ini sendiri.

Mengikut laporan terbaru, Gojek dan Tokopedia kini dalam perbincangan akhir untuk bergabung menjadi satu entiti. Syarikat baharu berkenaan dijangka akan dikenali dengan nama Goto – dan dijangka akan bergabung seawal bulan April ini.

Gabungan kedua-dua syarikat ini juga dijangka membentuk entiti bernilai $18 bilion (~RM74 bilion).

Selain Gojek dan Tokopedia, baru-baru ini, Grab turut telah mengumumkan hasrat untuk menyenaraikan syarikat di Amerika Syarikat pada nilai mencapai RM164 bilion.