Artikel

Pengecualian Bawa Masuk 20,000 Pekerja Asing Kini Dalam Rundingan – KPPK

Walaupun negara kini dalam usaha mengurangkan kadar kebergantungan kepada tenaga luar, namun rundingan pengecualian ini penting untuk kelangsungan operasi sektor komoditi dan perladangan Malaysia.

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) kini dalan usaha mendapatkan pengecualian daripada kerajaan untuk membawa masuk 20,000 pekerja asing.

Untuk makluman, April lalu terdapat 40,000 permintaan berhubung kemasukan tenaga asing pada sektor perladangan. Bagaimanapun ia masih di bawah penelitian Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali – meskipun usaha itu dilakukan, negara masih mengekalkan tindakan lanjutan mereka membuka peluang kepada pekerja tempatan.

Galakan itu turut dijamin pihak KPPK, di mana penglibatan pekerja tempatan akan menerima imbuhan yang tinggi pada sektor perladangan.

Ini adalah usaha pihak industri untuk membuka ruang serta tawaran penglibatan kepada belia.