Artikel

CGS-CIMB Jangka Inflasi Negara Meningkat Tahun Ini

Sekiranya Mac lalu, Moody’s menyatakan inflasi negara akan meningkat – penyataan itu kini turut diperakui oleh firma penyelidikan CGS-CIMB.

Jangkaan itu didorong sentimen kenaikan harga minyak global, dan peningkatan permintaan komoditi ekonomi.

Untuk makluman pada Mac, inflasi utama telah naik 1.7% berbanding bulan Februari.

Walaupun pentadbiran negara ketika ini menetapkan harga siling pada RON95 dan Diesel, namun risiko peningkatan inflasi itu kekal ada.

Bagaimanapun, risiko penurunan pertumbuhan masih boleh berlaku disebabkan ketidaktentuan pandemik ketika ini. Ia berkait rapat dengan ketidaktentuan nilai dagangan harga komoditi pasaran.

Setakat ini, CGS-CIMB masih mengekalkan jangkaan kadar infalsi pada paras 3.1%. Manakala, Bank Negara Malaysia (BNM) pula menganggarkan inflasi pada kitaran 2.5% hingga 4%.

Meskipun kadar inflasi itu dijangkakan meningkat namun kadar OPR diperkatakan BNM akan terus kekal pada paras 1.75. Kadar itu hanya akan diketahui pada penilaian menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 6 Mei kelak.