Artikel

Inflasi Negara Dijangka Meningkat Tahun Ini – Moody’s

Terdapat beberapa penelitian yang dilakukan oleh Moody’s Investors Service – syarikat pernarafan antarabangsa, berhubung pemulihan ekonomi negara, antara tumpuan yang diperhatikan adalah inflasi dijangka meningkat pada tahun ini.

Jangkaan peningkatan itu akan didorong berdasarkan harga minyak global semasa yang lebih tinggi serta pengekalan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 1.75% yang dilakukan Bank Negara Malaysia (BNM).

Meskipun jangkaan inflasi itu meningkat namun pertumbuhan ekonomi negara masih dapat melalui fasa pemulihan berikutan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – mampu membantu negara meningkatkan kembali aliran perbelanjaan semasa.

Pada masa yang sama – pelaporan Moody’s turut menyatakan risiko penurunan pertumbuhan masih boleh berlaku disebabkan ketidaktentuan pandemik ketika ini. Ia berkait rapat dengan ketidaktentuan nilai dagangan harga komoditi pasaran. Malah, agihan vaksin yang diperhatikan tidak sekata juga boleh mempengaruhi sentimen pemulihan ekonomi. Perbekalan yang perlahan mampu merencat sasaran pertumbuhan.