Pemaparan prestasi baik MR DIY pada suku keempat tahun lalu, telah menunjukkan peningkatan 19% pada keuntungan bersih kumpulan. Tidak hanya itu tindakan pelaksanaan tawaran awam pemulaan (IPO) turut meningkatkan reputasinya.
Maka tidak hairanlah apabila dua individu peneraju MR DIY kini tersenarai pada Individu Kaya Dunia 2021 – Forbes, iaitu Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei dengan nilai bersih RM7.4 bilion (AS$1.8 bilion) dan RM4.5 bilion (AS$1.1 bilion).
Selain kedua individu ini, terdapat lagi beberapa senarai lain:
- Quek Leng Chan, Hong Leong – RM40.07 bilion (AS$9.7 bilion)
- Ananda Krishnan – RM23.9 bilion (AS$5.8 bilion)
- Teh Hong Piow, Public Bank – RM23.5 bilion (AS$5.7 bilion)
- Lim Wee Chai, Top Glove – RM14.4 bilion (AS$3.5 bilion)
- Lim Kok Thay, Genting – RM11.1 bilion (AS$2.7 bilion)
- Tan Sri G Gnanalingam, Westports Holding – RM7.02 bilion (AS$1.7 bilion)
- Tan Eng Kee, Pengasas Bersama Greatech Technology – RM4.5 bilion (AS$1.1 bilion)
Apa yang menarik juga, berdasarkan senarai menyeluruh individu kaya dunia ini – penglibatan wanita pada senarai tersebut meningkat kepada 328 individu berbanding 241 pada tahun lalu, 2020.
Ternyata penularan pandemik COVID-19 tidak menganggu keutuhan nilai kekayaan kelompok terlibat – penerapan teknologi, serta peningkatan pada pemahaman pelaburan telah mendorong kepada penguasaan yang lebih tinggi bagi kelompok ini.