Artikel

MR DIY Papar Prestasi Kukuh Pada Suku Keempat, Keuntungan Bersih Meningkat 19%

Suku keempat berakhir pada 31 Disember 2020 telah memperlihatkan peningkatan prestasi Mr DIY pada pendapatan dan keuntungan bersih. Di mana, keuntungan bersih telah meningkat 19% kepada RM108 juta berbanding RM90.9 juta tahun lalu.

Ini menjadikan perolehan entiti tersebut turut meningkat kepada RM768 juta berbanding RM617 juta, catatan sebelumnya. Peningkatan itu secara jelas telah menunjukkan syarikat peruncitan penambahbaikan rumah ini telah memperolehi permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna.

Meskipun negara berada di bawah kawalan pergerakan dan sekatan tertentu – namun ia sekadar memberi kesan yang sederhana kepada 734 rangkaian fizikal mereka. Penglibatan pengguna pada platform e-dagang juga dilihat turut bergerak aktif bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Untuk makluman pihaknya kini sedang merancang membuka 175 cawangan baharu di bawah semua jenama pada tahun ini, 2021. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Adrian Ong – pelaksanaan tersebut adalah untuk mengembangkan lagi rangkaian produk di bawah MR DIY, MR TOY dan MR DOLLAR.