Artikel

AirAsia Nyata Hasrat Untuk Mengambil Semula Bekas Pekerja Mereka – Laporan

Sejak September 2020, AirAsia telah mengecilkan tenaga kerja mereka – namun kini ternyata pihak kumpulan berhasrat untuk mengambil semula pekerjanya yang terpaksa dihentikan sebelum ini.

Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif mengakui tindakan kumpulan untuk memberhentikan para pekerja itu adalah satu tragedi buat mereka. Difahamkan pihaknya memberi jaminan untuk menawarkan semula perkhidmatan pekerja.

Jaminan ini dinyatakan selari dengan keyakinan Tony terhadap pemulihan aktiviti penerbangan yang akan disokong dengan perniagaan mereka yang lain.

Menerusi kepelbagaian perniagaan yang sedang diterapkan AirAsia kini mampu menghasilkan pulangan kepada semua pihak yang telah terkesan.

Tidak hanya hasrat pengambilan semula pekerja, sudah pasti perluasan operasi penerbangan AirAsia di serantau juga turut dapat dilakukan kelak – meskipun prestasi kumpulan terjejas dengan kerugian dia paras RM5.09 bilion.