Artikel

Prestasi AirAsia Terjejas – Kerugian Meningkat Pada Paras RM5.09 Bilion

Suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2020 lalu nyata menunjukkan tambahan kemerosotan kumpulan AirAsia kepada RM2.44 bilion. Ini menjadikan kerugian bersih tahun kewangan 2020 terus meningkat kepada RM5.09 bilion berbanding tahun sebelumnya – iaitu RM315.81 juta.

Kenyataan itu secara langsung memaparkan pendapatan kumpulan berkurangan kepada RM3.14 bilion berbanding RM11.86 bilion sebelum ini.

Kesan pandemik nyata memberi implikasi yang mendalam kepada kumpulan untuk menyeimbangkan operasi perkhidmatan mereka. Meskipun, perjalanan antarabangsa menyekaat penerokaan operasi AirAsia tetapi perkhidmatan lain dan bahagian domestik masih kekal diteruskan.

Langkah lain yang turut membantu kumpulan adalah keputusan penutupan operasi di Jepun telah meringankan kos operasi, begitu juga kawalan kos tenaga kerja melibatkan pemberhentian serta pemotongan gaji.

AirAsia menjangkakan kestabilan operasi dapat dicapai ketika ini dengan adanya pengagihan vaksin untuk negara. Tidak hanya itu perluasan operasi bersama pelaburan baharu juga sedang mula diteliti bagi meningkatkan dana perniagaan.