Artikel

AirAsia Rancang Pengecilan Tenaga Kerja, Dijangka Ratusan Pekerja Akan Terjejas

AirAsia Bhd, syarikat penerbangan tambang rendah negara kini sekali lagi akan melaksanakan pemberhentian pekerja. Kali ini dijangka melibatkan ratusan pekerjanya.

Kenyataan ini diperolehi berdasarkan sumber yang mendengar taklimat daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Riad Asmat.

Pada taklimat terbabit, tiada angka pemberhentian yang tepat dinyatakan, namun dijangka ratusan tenaga kerja AirAsia bakal terkesan akan pemberhentian tersebut.

Setakat ini, senarai pemberhentian masih tidak diketahui dan dikatakan para pekerja hanya akan dimaklumkan menerusi notis emel sahaja- selewat-lewatnya dalam tempoh 72 jam.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan – bantuan asas seperti faedah kesihatan serta kupon penerbangan akan diberikan kepada pekerja yang terlibat.