Artikel

Bekas Kakitangan Syarikat Penerbangan Akan Diberi Bantuan Latihan, Kewangan – Sumber Manusia

Seperti yang umum ketahui, pada pembentangan Belanjawan 2021 jumaat lalu –kerajaan akan memperuntukan sejumlah RM50 juta bagi membantu latihan kepada bekas pekerja syarikat penerbangan. 

Menerusi ruang bantuan itu, Kementerian Sumber Manusia kini menyatakan suatu jawatankuasa akan diwujudkan bagi meneliti usaha tersebut untuk membantu bekas kaitangan syarikat penerbangan.

bantuan itu tidak hanya tertumpu kepada pelaksanaan latihan sahaja, malah turut merangkumi bantuan kewangan.

Penubuhan jawatankuasa itu dimaklumkan merangkumi pembabitan beberapa kementerian dan agensi seperti Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF), PERKESO dan TEKUN.

Melalui langkah itu secara tidak langsung dapat memperkemaskan lagi pengetahuan kakitangan berhubung sumber manusia dan perolehan bantuan kewangan turut diperolehi bagi menampung bebanan aliran tunai individu.

Seperti yang umum ketahui AirAsia dan Malindo Airways antara platform penerbangan yang telah memberhentikan ramai pekerja berikutan kesan pandemik COVID-19.