Alasan tidak wajar yang diperkatakan oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) ini mengambilkira pretasi tugasan yang bakal terjejas.
Susulan arahan 22 Oktober Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung penguatkuasaan pekerja sektor awam dan swasta perlu bekerja dari rumah. Ini bagi mengekang penularan yang lebih tinggi terus berlaku.
Menurut laporan MalaysiaKini, MEF menyifatkan tindakan itu bakal mengugat prestasi serta produktiviti operasi perniagaan. Ini bermakna aliran tunai operasi turut akan terjejas disebabkan sekatan PKPB, memperlahankan gerak kerja mereka.
Tindakan Kementerian Sumber Manusia – yang menegaskan para majikan perlu membayar jumlah gaji dan elaun penuh ke atas pekerja mereka yang perlu bekerja dari rumah itu dianggap tidak adil. Mereka berpendapat tidak semua tugasan pekerjaan dapat disempurnakan dari rumah sahaja. Maka apa dasar arahan tersebut yang perlu dipenuhi oleh majikan, sekiranya petugas mereka tidak memenuhi pencapaian yang ditetapkan?
Seharusnya, industri perlu memahami situasi yang sedang ditanggung oleh majikan. Setiap tindakan tertakluk pada kedudukan ekonomi negara ketika ini, ia bukanlah bersifat untuk menindas para pekerja.