Artikel

PKPB: Mulai 22 Oktober, Pekerja Sektor Awam Dan Swasta Di Bahagian Pengurusan Tidak Perlu Hadir Ke Pejabat

Kerajaan kini memutuskan, pekerja sektor awam dan swasta diperingkat pengurusan bagi negeri Selangor, Putajaya dan Kuala Lumpur – tidak perlu hadir ke pejabat. Mereka boleh melaksanakan tugasan tersebut dari rumah sahaja.

Tindakan ini sekaligus dijangka melibatkan sekitar 1 juta pekerja. Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar jangkitan penularan COVID-19.

Pada persidangan media Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri mengumumkan kenyataan tersebut akan dikuatkuasakan pada 22 Oktober ini.

Maklumat lanjut berhubung jenis pekerjaan yang perlu bekerja dari rumah akan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Anatarabangsa dan Industri (MITI).

Bagaimanapun, terdapat kenyataan bahawa pekerja pengurusan yang kekal ingin hadir ke pejabat perlu melalui swab test terlebih dahulu sebelum dibenarkan melakukan tugasan.