Kesemua majikan yang terlibat dengan penguatkuasaan Bekerja Dari Rumah, ditegaskan untuk membayar gaji pekerja seperti biasa.
Menurut kenyataan Kementerian Sumber Manusia pada hari ini (22 Oktober), semua pekerja kawasan Perintah Kawlan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang terlibat dengan penguatkuasaan bekerja dari rumah perlu menerima kadar bayaran gaji seperti biasa.
Majikan tidak boleh memaksa atau mengarahkan pengenaan cuti tanpa gaji kepada pekerja yang terlibat.
Seperti yang umum ketahui, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama MITI dan JPA semalam telah memberi penjelasan bahawa sekitar 10% penglibatan pekerja pengurusan perlu berkerja dari rumah, manakala hanya 30% pekerja sektor awam dibenarkan bekerja dibahagian sektor perkhidmatan awam yang berkepentingan sahaja.
Sebarang tindakan yang tidak tepat mahupun pertanyaan lanjut, majikan dan pekerja yang terlibat boleh merujuk pada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia 03-88862352/03-88862409/03-888891111.