Proton Holdings Bhd kini mencatatkan 11,378 jualan kenderaan bagi Ogos 2020, angka tersebut dilihat menurun 14% dari bulan Julai.
Bagaimanapun, penurunan tersebut dilihat masih dalam keadaan membangsangkan. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Proton mencatatkan peningkatan jualan pada Julai lalu dengan 13,216 unit kenderaan terjual.
Ini kerana, jualan keseluruhan Proton sehingga Ogos adalah sekitar 61,672 unit kenderaan. Berdasarkan catatan keseluruhan pada tempoh yang sama untuk tahun lalu, jualan Proton pada ketika ini mendahului sebanyak 46 unit jualan kenderaan.
Seperti yang umum ketahui, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jualan unit kenderaan telah mengalami kemerosotan yang teruk, di mana sebanyak 141 unit kenderaan sahaja terjual pada April 2020.
Terdapat tiga model Proton yang berjaya mengembalikan keyakinan unit jualan iaitu X70, Persona dan Exora.