Perintah Kawalan Pergerakan dan penularan wabak Covid-19 secara tidak langsung telah memberikan impak yang besar kepada arena industri automotif tempatan. Angka jualan kenderaan telah menurun, dan selepas beberapa bulan, ia kini memperlihatkan peningkatan secara berperingkat. Bolehkah permintaan untuk kenderaan penumpang kembali seperti pra-Covid sebelum ini dalam jangka masa beberapa bulan lagi?