Artikel

Proton Catat Peningkatan Pada Julai – 13,216 Unit Kenderaan Terjual

Sebelum ini, industri automotif tempatan mengalami kemerosoton disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, hasil insentif pemotongan cukai kerajaan pada Jun lalu telah melonjakkan semula jualan kenderaan penumpang negara. Proton Holdings Bhd kini mencatatkan peningkatan pada jualan bulan Julai.

Di mana keseluruhan jualan telah meningkat pada 37.3% berbanding bulan sebelumnya. Peningkatan permintaan ini telah mencatatkan sekitar 13,216 unit jualan bagi Julai 2020. Ini adalah catatan terbaik Proton sejak Jun 2012.

Antara empat model yang menjadi tumpuan adalah X70, Persona, Saga dan Exora.