Artikel

Krisis COVID-19 Dorong Penyusutan Ekonomi Jepun – 7.8%

Ekonomi Jepun kini memaparkan kemerosotan 7.8% bagi suku kedua bulan April hingga Jun 2020.

Penguncupan ini adalah sejarah terburuk sejak tahun 1980 buat negara maju ini.

Sebelum ini, Jepun telah memaparan penguncupan pada KDNK mereka.

Pertumbuhan negatif ini secara tidak langsung menunjukkan Jepun secara berterusan mengalami kemelesetan ekonomi untuk tahun 2020.

Menurut tinjauan Ketua Ekonomi Institusi Penyelidikan Daiichi Life, Yoshiki Shinke – penyusutan ini berlaku disebabkan penurunan permintaan luar dan dalam dari segi pengeluaran negara disebabkan krisis COVID-19.

Selain itu pelaburan modal turut terjejas – ini kerana disebabkan ketidakpastian ekonomi global, rata-rata syarikat tidak mahu menanggung risiko dan mula menangguhkan perancangan mereka.

Bagaimanapun ramalan ini, sudah dijangka oleh Jepun – di mana pada awal Ogos ini sekitar 400 premis telah diisytiharkan muflis susulan isu COVID-19.