Artikel

Jepun Mengalami Kemerosotan Ekonomi Paling Teruk Dalam Tempoh Lima Tahun

Jepun kini mengalami penguncupan KDNK pada suku keempat ini. Penguncupan ini adalah yang terendah sepanjang tempoh lebih daripada lima tahun ini.

Ia didorong dengan kenaikan cukai dan bencana alam seperti taufan telah menjejaskan ekonomi ketiga terbesar di dunia itu.

Produk domestik kasar negara tersebut bagi tempoh tiga bulan hingga Disember telah menyusut sebanyak 1.6 peratus daripada suku sebelumnya. 

Angka ini telah dicatatkan pada data rasmi negara mereka sebelum berlakunya penularan wabak koronavirus di China ke Jepun.

Suku ini telah ditandai dengan kenaikan cukai penggunaan dari lapan peratus hingga 10 peratus, serta akibat bencana alam seperti Taufan Hagibis yang telah membunuh lebih daripada 100 orang dan mengakibatkan banjir besar.

Takeshi Minami, Ketua Ekonomi Institut Penyelidikan Norinchukin mengatakan pihak pakar ekonomi negara tidak menjangkakan angka sedemikian. Meskipun, kerajaan telah cuba mengurangkan kesan kenaikan cukai, namun sentimen daripada pengguna sendiri dilihat masih lemah.

Menerusi data keseluruhan empat suku pertumbuhan Jepun, ini adalah penguncupan terbesar sejak suku kedua tahun 2014 apabila ekonomi mengecil 1.9 peratus. –AFP