Jepun setakat ini mencatatkan sekitar 400 perniagaan muflis.
Berikutan krisis COVID-19. Jepun kini mencatatkan jumlah kes 40,000 dengan lebih 1,000 kematian. Ini telah membawa kepada penutupan operasi sesetengah perniagaan.
Menerusi laporan NHK kenyataan tersebut telah disahkan oleh perunding firma Teikoku Databank.
Catatan data ini memaparkan jumlah muflis tinggi diperhatikan pada sektor restoran (54) dan hotel (48). Manakala bandar Tokyo pula mencatatkan penutupan 95 premis, dan 41 premis di Osaka.
Meskipun keadaan semakin meruncing, kerajaan Jepun masih enggan melaksanakan kawalan buat kali kedua. Pihak kerajaan menegaskan peningkatan kes adalah disebabkan peningkatan keputusan ujian saringan.