Artikel

Gabungan Malaysia Airlines, AirAsia – Khazanah Tidak Menolak Kemungkinan Itu

Khazanah Nasional Bhd tidak menolak sebarang kemungkinan penggabungan antara Malaysia Airlines Bhd dan kumpulan AirAsia.

Menurut Datuk Shahril Ridza Rizuan, Pengarah Urusan Khazanah tanggapan kemungkinan tersebut adalah tidak mustahil.

“Dalam kehidupan, jangan sekali-kali menidakkan,” katanya ketika ditanya berkenaan cadangan penggabungan antara Malaysia Airlines dan AirAsia pada sesi temubual bersama Bloomberg TV.

Bagi Shahril, keperluan kerjasama anatara syarikat penerbangan amat digalakkan pada ketika ini. Tindakan itu bagi menangani cabaran  dan krisis COVID-19  ke atas industri tersebut.

Untuk makluman, sebelum ini Khazanah sedang mempertimbangkan penglibatan perniagaan bersama Japan Airlines berhubung isu Malaysia Airlines.

Manakala isu terbaharu pula melibatkan laporan kewangan AirAsia yang didakwa tidak memenuhi syarat dan memiliki ketidaktentuan ketara (material uncertainty).

Bagaimanapun spekulasi gabungan kedua-dua entiti ini masih lagi dalam pemerhatian.