Artikel

Air France-KLM Kemuka Cadangan Beli Malaysia Airlines, JAL Tinjau 25% Kepentingan

Air France-KLM ingin membeli sebanyak 49% daripada Malaysia Airlines, manakala Japan Airlines (JAL) pula melihat 25% kepentingan.

Menurut sumber tawaran dari syarikat penerbangan asing dilihat lebih komprehensif dan strategik kerana kedua-duanya merancang untuk memanfaatkan lokasi strategik Malaysia bagi operasi mereka.

Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad berkata pada hari Isnin, lima cadangan telah diterima sebagai sebahagian daripada semakan yang bermula tahun lepas tetapi enggan menamakan pemohonnya.

Malaysia Airlines tahun lalu menandatangani perjanjian usahasama dengan JAL yang meliputi penerbangan antara Malaysia dan Jepun, yang dikatakan syarikat penerbangan Jepun itu dapat diperluaskan pada masa hadapan untuk menampung penerbangan AS.

Malaysia Airlines dan JAL adalah kedua-dua ahli perikatan penerbangan OneWorld , manakala Air France-KLM adalah sebahagian daripada perikatan SkyTeam.

Sebelum ini, Khazanah Nasional telah melantik Morgan Stanley bagi menasihati calon pilihan yang berpotensi untuk syarikat penerbangan.

“Walaupun ada beberapa cadangan dalam hal ini, semakan pilihan yang ada kepada kami masih berterusan,” kata Khazanah dalam satu kenyataan.

Air France-KLM turut juga dikatakan telah mencadangkan penubuhan hab bagi perkhidmatan penyelenggaraan, penambahbaikan di Malaysia. 

Sementara Japan Airlines pula telah menawarkan untuk menjadikan negara sebagai hab serantau, termasuk untuk penerbangan tambang rendah.