Artikel

Suku Ketiga, Keempat – Penentu KDNK 2020

Suku ketiga dan keempat adalah penentu kepada catatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2020 negara. Sasaran ini merangkumi cara pengendalian kerajaan dalam menangani COVID-19.

Sebelum ini, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) telah memberi amaran bahawa landskap ekonomi global akan mengalami kemerosotan yang lebih tinggi dengan penguncupan 4.9% pada tahun ini.

Menurut Tengku Zafrul, Menteri Kewangan selaku negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, apabila ekonomi dunia mempamerkan pertumbuhan positif pada suku keempat maka secara tidak langsung ia turut akan membantu pertumbuhan ekonomi tempatan.

Buat masa ini, sektor ekonomi telah mula dibuka secara keseluruhan – tindakan ini dilihat dapat membantu aliran tunai negara. Di mana, Bank Dunia mula menjangkakan ekonomi Malaysia akan meningkat secara beransur-ansur bermula separuh kedua tahun 2020 ini.

Antara yang akan membantu peningkatan aliran tersebut adalah perbelanjaan isi rumah serta perbelanjaan pelaburan negara.