Rata-rata negara kini mula membuka semula operasi ekonomi, namun tindakan tersebut tidak menyangkal kenyataan bahawa ekonomi dunia masih lagi tidak sekata dan jatuh.
Terbaharu, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) telah memberi amaran bahawa landskap ekonomi global akan mengalami kemerosotan yang lebih tinggi berbanding unjuran sebelum ini.
Di mana, pihaknya menjangkakan penguncupan 4.9 peratus tahun ini, bukannya penurunan 3 peratus yang diramalkan sebelumnya pada April 2020. Secara tidak langsung penekanan telah difokuskan kepada skala tugas yang dihadapi pembuat dasar.
IMF turut berpendapat garis panduan pihak kesihatan dilihat membebani corak aktiviti ekonomi dunia, khususnya merangkumi tugasan tenaga fizikal.
Susulan itu, IMF telah mengunjurkan pertumbuhan ekonomi global dapat dipulihkan secara perlahan dengan jangkaan 5.4% pada tahun hadapan, 2021.
Secara keseluruhannya, bagi kerugian kumulatif untuk jumlah pengeluaran pada ekonomi global tahun ini, tahun hadapan – IMF menjangkakan ia kan mencapai RM51.33 trillion (AS$12 trillion).