Sepertimana yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM), bermula 1 Julai 2027 Kadar Islam Semalaman Malaysia (MYOR-i) akan digunakan secara mandatori sebagai kadar rujukan bagi produk kewangan Islam di pasaran negara. Memahami tuntutan itu, CIMB Islamic Bank dan Cagamas kini melaksanakan 3 urus niaga perintis menggunakan MYOR-i pada produk kewangan Islam kumpulan.
Pelaksanaan itu di bawah program Cagamas Purchase with Recourse (PWR) melibatkan penerbitan Sukuk Jangka Sederhana Islam dengan nilai RM300 juta setahun, transaksi Islamic Protic Rate Swap (IPRS) dengan nilai RM100 juta bagi tempoh 5 tahun dan Transaksi Pembelian Aset Islam dengan nilai RM250 juta.
Kebersamaan ini dilihat dapat mengukuhkan lagi ekosistem pelarasan MYOR-i di pasaran hadapan dan menambahbaik kedudukan Malaysia selaku peneraju dalam sektor ekonomi Islam.
Sukuk merupakan instrumen pelaburan atau sijil kewangan islam yang berfungsi sebagaimana bon konvensional namun memenuhi prinsip patuh Syariah.