Artikel

BNM Guna MYOR-i Sebagai Kadar Rujukan Mandatori Produk Kewangan Islam – Mulai 1 Julai 2027

Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan akan menggunakan Kadar Islam Semalaman Malaysia (MYOR-i) sebagai kadar rujukan mandatori bagi produk kewangan Islam di pasaran semasa. Pelaksanaan ini dijelaskan akan mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2027 ini.

Tindakan ini secara langsung menjadikan suatu langkah pembaharuan yang besar pada arena kewangan Islam Malaysia. Menerusi kadar penanda aras Islam pertama di dunia ini – BNM optimis pelaksanaan itu akan menerapkan ketelusan, konsistensi dan penjajaran Syariah ke dalam teras kewangan Islam di masa hadapan.

Buat pengetahuan umum MYOR-i telahpun dilaksanakan pada Mac 2022 namun penggunaannya kekal dalam fasa peralihan. Institusi kewangan kini menggunakannya sebagai penanda aras bagi produk pasaran wang antara bank Islam. Bagi produk pembiayaan runcit kepada pelanggan pula, institusi kewangan masih merujuk kepada Kadar Asas (BR) mereka sendiri. sementara KLIRR, penanda aras lama telahpun dihentikan oleh BNM dan tidak lagi digunakan untuk kontrak baharu.