Seperti yang umum ketahui, bermula 1 Julai lalu pengenaan caj RM1 pengeluaran wang di ATM telah dimansuhkan. Ini meliputi pengeluaran wang tunai pada mesin teler automatik (ATM) dan SRM. Namun pemansuhan caj RM1 ini hanya terpakai ke atas ATM milik bank dan tidak terpakai bagi ATM yang dikendalikan pengusaha bebas bukan bank.
Setakat ini didapati sekitar 16,000 ATM di seluruh Malaysia bersamaan 84% adalah dibawah pengendali bank-bank di negara. Sementara baki 16% penyediaan ATM di Malaysia pula adalah tertakluk di bawah pengendalian bebas pada perjanjian komersial berbeza.
Penjelasan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada sidang media hari ini didasari akan maklum balas Bank Negara Malaysia (BNM) sekali gus menjawab persoalan akan terdapat pengenaan caj RM1 di sebilangan ATM yang menyebabkan kekeliruan orang awam berhubung tindakan pemansuhan tersebut.