Artikel

Caj RM1 Pengeluaran Wang Di ATM Dimansuhkan – Mulai 1 Julai Ini

Bermula 1 Julai 2026 ini, pelanggan semua bank di Malaysia tidak lagi dikenakan caj RM1 sekiranya laksana pengeluaran wang tunai di mana-mana mesin teler automatik (ATM) atau SRM. 

Ini bermakna pemegang kad debit di Malaysia boleh mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM diseluruh negara dengan pengeluaran percuma tanpa had. 

Pelaksanaan ini dijelaskan selari dengan kemajuan institusi kewangan negara yang mulai tertumpu pada pengurusan lebih digital dan mengukuhkan hak pengguna untuk memiliki pengalaman pengeluaran tunai di pasaran semasa yang lebih baik tanpa terbeban dengan sebarang pengenaan caj.

Secara menyeluruh makluman ini telah dikeluarkan Persatuan-Persatuan Bank di Malaysia (ABM) secara bersama dengan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) serta Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM).