Artikel

Kuota BUDI95 Berpotensi Dikurangkan Kepada 150 Liter Sebulan – Mengikut Data Penggunaan Semasa

Akhir Mac lalu, Malaysia telah bertindak mengurangkan kuota BUDI95 iaitu subsidi petrol RON95 kepada 200 liter sebulan – terbaharu kerajaan kini memberi bayangan untuk menurunkan lagi had tersebut kepada 150 liter sebulan bagi menangani krisis bekalan bahan api.

Mengikut makluman The Edge bersama Kementerian Kewangan (MOF) pada sidang Affin Market Outlook 2026 hari ini, pertimbangan itu didasari akan data penggunaan semasa yang menunjukkan majoriti rakyat Malaysia tidak menggunakan kuota sepenuhnya. Data konsisten mendedahkan bahawa 80% rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter, dengan 60% daripadanya sebenarnya menggunakan kurang daripada 150 liter sebulan.

Namun pertimbangan ini masih di peringkat semakan dan kerajaan dijangka akan terus memantau trend penggunaan domestik dan kestabilan harga minyak mentah dunia sebelum memuktamadkan sebarang keputusan bagi memastikan kebajikan golongan sasar kekal terpelihara.