Seperti yang dimaklumkan, kerajaan Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan pengurangan kuota subsidi petrol RON95 (BUDI95) kepada 200 liter sebulan berbanding penawaran semasa 300 liter sebulan.
Pelaksanaan ini menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada perutusan khas sebentar tadi ia akan berkuat kuasa mulai 1 April 2026.
Biarpun kuota bulanan telah dikecilkan, rakyat Malaysia kekal menikmati kadar RM1.99 seliter di bawah BUDI95 tatkala paras harga minyak petrol lain kini alami peningkatan ketara.
Ini senarai harga petrol mengikut pasaran semasa bagi tempoh 26 Mac 2026 – 1 April 2026:
- RON97 = RM5.15 seliter
- RON95 Tanpa Subsidi = RM3.87 seliter
- RON95 Bersubsidi (BUDI95) = RM1.99 seliter
- Diesel (Semenanjung Malaysia) = RM5.52 seliter
- Diesel (Sabah, Sarawak, Labuan) = RM2.15 seliter