Seperti yang dimaklumkan, kelak iaitu pada 23 Februari ini sebuah Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri akan dibentangkan pada sidang Parlimen.
Makluman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi) Datuk Seri Azalina Othman pada laporan hari ini menjelaskan, pembentangan bacaan kali pertama RUU itu akan dilaksanakan pada Isnin hadapan dan dijangka bacaan kali kedua dijadualkan pada 3 Mac – dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka membentangkannya sendiri.
Sebelum ini PM Anwar telahpun memberi penegasan bahawa RUU sedemikian akan dibentangkan pada tahun ini bagi memastikan perubahan batasan had jawatan pemimpin negara segera dilaksanakan. Sekiranya ia mencapai persetujuan maka sesiapa yang menjawat peranan PM Malaysia tertakluk kepada tempoh perkhidmatan maksimum selama 10 tahun atau 2 penggal penuh sahaja.
Berdasarkan pentadbiran semasa, ketika ini Pulau Pinang menjadi negeri yang melaraskan had perkhidmatan tersebut ke atas Ketua Menteri sementara negeri dan wilayah lain tidak memiliki sebarang had tempoh tersebut.