Artikel

RUU Had Tempoh Jawatan Perdana Menteri Kepada 10 Tahun Akan Dibentangkan

Sebuah Rang Undang-Undang (RUU) untuk menghadkan tempoh perkhidmatan seseorang Perdana Menteri kini dimaklumkan akan dibentang pada sidang Parlimen pada tahun ini.

Demikianlah makluman Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang perutusan 2026 pada pagi ini. Di mana jelas PM Anwar, perihal itu sewajarnya dilaksanakan bagi memberi ruang kepada generasi baharu memikul peranan tersebut. Ini bermakna sekiranya RUU ini lulus di parlimen, maka sesiapa yang menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia hanya boleh berkhidmat dalam kapasiti itu selama 10 tahun maksima atau 2 penggal penuh.

Had ini turut dijelaskan tidak hanya terpakai kepada jawatan Perdana Menteri semata tetapi meliputi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan khidmat ketua jabatan dalam perkhidmatan awam turut akan dibentangkan.

Buat pengetahuan umum, ketika ini di Malaysia hanya di Pulau Pinang sahaja yang mempunyai had tempoh perkhidmatan Ketua Menteri.