Setelah menamatkan tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AEON Bank, Raja Teh Maimunah kini secara rasminya diumumkan memikul tanggungjawab selaku CEO baharu Bank Islam Malaysia Berhad – berkuat kuasa 1 April 2026 ini.
Pelantikan ini jelas Bank Islam adalah hasil daripada proses pencarian yang rapi dan menyeluruh, di mana Lembaga Pengarah telah menilai dengan teliti sekumpulan besar calon yang berkelayakan
tinggi.
Setelah pertimbangan mendalam, Lembaga Pengarah telah memutuskan bahawa Raja Teh Maimunah merupakan calon terbaik untuk memimpin Kumpulan ke fasa pertumbuhan seterusnya. Selain rekod pencapaian selama 30 tahun dalam kepimpinan strategik dan kecemerlangan operasi yang luas, beliau dilihat secara konsisten telah menunjukkan keserasian dengan nilai teras, termasuk pematuhan prinsip prinsip Syariah yang menjadi asas kepada operasi dan tadbir urus Bank Islam.