Sebagaimana yang diuarkan sebelum ini, Aeon Bank hari ini dilaporkan mengesahkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Raja Teh Maimunah berkuat kuasa pada 31 Mac 2026 ini.
Keputusan ini menandakan berakhirnya fasa kepimpinan selama lebih 3 tahun Raja Teh Maimunah pada arena bank digital pertama berlandaskan syariah di Malaysia dan membuka peluang buat beliau meneroka peluang baharu di luar organisasi.
Buat pengetahuan umum, Raja Teh Maimunah telah memikul tanggunjawab tersebut sejak 1 Disember 2022 dan memiliki pengalaman dalam pelbagai organisasi kewangan seperti Bursa Malaysia, Pusat Kewangan Kuwait serta CIMB.