Artikel

Selangor Kenakan Caj Penginapan Sehingga RM7 – Mulai 1 Januari 2026

Setelah Johor memaklumkan akan mengenakan caj kembara ke atas pengunjung yang menginap di negeri tersebut – kelak Selangor juga akan mula perkenalkan caj kelestarian iaitu caj penginapan ke atas semua jenis penginapan di Selangor. Di mana caj ini akan melibatkan sekitar RM2 sehingga RM7 tertakluk kepada kategori penginapan. 

Berdasarkan makluman exco pelancongan negeri pada sidang DUN minggu lalu, pengenaan caj yang dikenali sebagai caj kelestarian ini adalah berbeza. Setakat perincian awal hotel bertaraf 5 bintang akan dikenakan caj RM7, manakala bertaraf 3 bintang pula sekitar RM5.

Dan pengenaan caj tersebut tidak terkecuali ke atas kategori penginapan lain termasuklah Airbnb.

Dengan pengenalan caj kelestarian ini, Selangor melihat ia tidak sekadar menyokong arena pelancongan negeri tetapi turut membantu pengusaha mengekalkan infrastruktur dan memelihara kelestarian penginapan di Selangor. Buat pengetahuan umum, selain Selangor dan Johor – tindakan caj ini telahpun direalisasikan oleh kebanyakan negeri seperti Melaka, Pahang, Perak dan Kedah.