Selari dengan pengenalan Enakmen Hotel Johor 2025 sebagai rangka perundangan baharu industri negeri, kelak pengunjung yang menginap di Johor akan dikenakan caj RM3 mulai 1 Januari 2026.
Caj yang dikenali sebagai Caj Kembara ini mengikut laporan adalah tindak-balas negeri untuk menyokong pembangunan infrastruktur serta kemudahan pelancongan. Di mana kutipan caj ini diperincikan akan disalurkan ke akaun amanah khas. Selain membangunkan infrastruktur, dana ini dijangka dapat membantu menambahbaik kualiti kemudahan awam semasa dan menjadi inisiatif Tahun Melawat Johor 2026 kelak.
Setakat ini, sektor pelancongan Johor memaparkan prestasi yang baik dengan rekod 10,397,810 penginap hotel pada tahun 2024, meningkat 8.5% berbanding tahun 2023. Maka dengan pengenalan aturan baharu, prestasi ini dijangka meningkat secara berkala di pasaran hadapan.
Buat pengetahuan umum, Johor bukanlah negeri pertama yang melaksanakan caj ini. Ia telahpun dilaksanakan di sebilangan negeri antaranya Melaka (caj warisan), Pahang (caj kelestarian), Perak (caj khidmat tempatan) dan Pulau Pinang yang memiliki matlamat menyokong pembangunan infrastruktur, akses pelancongan di negeri mereka.