Sejajar dengan penerapan Pendidikan Karakter pada tahun hadapan, sistem pendidikan Malaysia dilihat turut akan melaksanakan kaedah co-teaching iaitu sesi pengajaran bersama 2 guru dalam satu kelas. Yang dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2027 di bawah Kurikulum Persekolahan 2027 di seluruh Malaysia.
Langkah ini menurut Kementerian Pendidikan Malaysia pada laporan BH – untuk memastikan sesi pembelajaran lebih menarik dan berkesan, yang sekaligus memberi ruang kepada kumpulan guru untuk tampil lebih kreatif dan interaktif.
Pendekatan ini dijelaskan dalam menyepadukan beberapa matapelajaran dalam satu sesi – misalnya seperti subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Muzik dapat dilaksanakan secara serentak.
Maka untuk merealisasikan pendekatan ini, guru yang terlibat akan diberi pendedahan berhubung teknik latihan pengajaran yang bersesuaian dan maklum balas kumpulan guru akan diambil untuk menambahbaik pendekatan kaedah ini. Melalui usaha itu, KPM optimis pendekatan ini tidak sekadar mengatasi isu keciciran pembelajaran kalangan pelajar bahkan berupaya meningkatkan prestasi dan minat mereka pada sesi pendidikan.