Mulai tahun hadapan (2026) mata pelajaran baharu Pendidikan Karakter akan mula diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – di mana subjek ini untuk peringkat awal akan dilaksanakan ke atas peringkat prasekolah.
Setelah itu ia akan diperluaskan ke semua peringkat persekolahan dan subjek baharu ini dijelaskan akan menjadi tunjang kepada pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.
Makluman yang dikongsikan Menteri Pendidikan pada sidang Parlimen hari ini – memperincikan subjek ini akan memberi pendedahan dan pembentukan diri pelajar dengan pendekatan nilai displin, moral dan sahsiah sebagaimana yang diterapkan pada rangka kurikulum semasa.