Sebagaimana yang disasarkan pada awal tahun ini, Bursa Malaysia kekal optimis dalam mencapai pelaksanaan 60 tawaran awam permulaan (IPO) pada 2025. Sasaran ini untuk makluman mewakili nilai modal pasaran berjumlah RM40.2 bilion.
Apa yang menariknya pada laporan jangkaan tersebut, Bursa menyatakan antara penyenaraian baharu yang akan dilaksanakan pada tahun ini adalah Loob Bhd iaitu syarikat induk Tealive – yang dijadualkan akan disenarai pada Pasaran Utama.
Buat pengetahaun Loob Holding telahpun mengemukakan draf prospektus IPO kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada awal Jun 2025. Biarpun makluman itu menjelaskan penyenaraian dilaksanakan pada tahun ini, namun tiada sebarang perincian berhubung tarikh makluman tersebut.
Selain Loob Bhd, terdapat dua syarikat turut akan disenaraikan pada Pasaran Utama iaitu Geohan Corp dan LAC Med. Sementara berlandaskan prestasi menyeluruh pula, ketika ini sebanyak 47 penyenaraian baharu telahpun dicapai pada pasaran saham tempatan – ia merangkumi 7 di Pasaran Utama, 37 di Pasaran ACE dan 3 lagi di Pasaran LEAP.