Setelah menyimpan matlamat sejak 2020, syarikat induk Tealive dan Bask Bear iaitu Loob Bhd kini dimaklumkan telahpun mengemukakan draf prospektus kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk tindakan penyenaraian awam (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
Langkah ini sekaligus akan menyokong operasi perluaskan perkembangan jenama di samping membuka lebih banyak cawangan merentasi pelbagai segmen – ini melibatkan pembukaan 12 cawangan baru Tealive dan 13 lagi cawangan Bask Bear. Biarpun begitu, menurut laporan The Edge buat masa ini masih tiada tarikh IPO yang dimuktamadkan berikutan pelaksanaan masih diperingkat persediaan.
Secara menyeluruh, setakat Februari lalu Loob kini memiliki 831 cawangan Tealive dan 135 cawangan Bask Bear. Manakala peringkat global pula, terdapat 121 cawangan Tealive tersedia di Filipina, Myanmar, Brunei, Mauritius, Vietnam, Kemboja dan Kanada.
Prospektus melibatkan dokumen undang-undang yang menyediakan pelbagai maklumat penting berkenaan tawaran sekuriti – antaranya butiran syarikat, maklumat kewangan, risiko pelaburan serta butiran tawan saham dan penggunaan dana.
Maka dengan mengemukakan draf prospektus tersebut ia dilihat sebagai langkah awal untuk sesebuah syarikat meraih kelulusan daripada pihak berkuasa bagi proses penyenaraian awam (IPO) di pasaran.