Artikel

Sempena Deepavali – PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan Sehari Pada 17, 18 Dan 21 Okt Ini

PLUS Malaysia Berhad jangka trafik lebuhraya akan alami kesesakan berikutan sebanyak 2.2 juta kenderaan sehari akan menggunakannya bermula hari ini 17 Oktober susulan cuti sempena sambutan Deepavali pada 20 Oktober ini.

Kesesakan itu disasar akan terus berlaku pada 18 dan 21 Oktober ini dengan mengambilkira cuti tambahan persekolahan yang dimaklumkan KPM.

Maka pengguna lebuh raya disarankan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mendapatkan jadual perjalanan menerusi MyPLUS-TTA di aplikasi PLUS bagi perjalanan di Lebuh Raya kendalian PLUS dan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) di antara 17 hingga 22 Oktober 2025 ini.

Selain persediaan itu, para pemandu kenderaan turut perlu pastikan baki kad Touch ‘n Go dan eWallet bagi pengguna RFID mencukupi sebelum memulakan perjalanan biarpun meraih 50% potongan tol. Dengan langkah itu, perjalanan dijamin lebih lancar tanpa menjejaskan pengalaman perjalanan pengguna lain.