Selari perkongsian ketika Belanjawan 2025, kini Lembaga Lebuhraya Malaysia mengumumkan kerajaan memberikan diskaun tol 50% bagi kenderaan Kelas 1 bermula 18 Oktober 2025 sehingga 19 Oktober 2025 11.59 malam. Diskaun tol 50% daripada kadar tol biasa ini dijangka akan mengurangkan kos yang ditanggung rakyat ketika kembali bercuti di perkampungan atau melakukan percutian domestik sempena cuti perayaan Hari Deepavali.
Diskaun ini diberikan di semua plaza tol, kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara Selatan, dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
Pada percutian kali ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia menyasarkan peningkatan jumlah trafik seawal Khamis 16 Oktober, dan dijangka akan mencapai trafik tertinggi sebanyak 2.67 kenderaan sehari di lebuhraya utama.
Orang ramai yang berhasrat untuk melakukan perjalanan boleh merancang perjalanan dengan merujuk kepada cadangan waktu perjalanan yang akan dikeluarkan pihak lebuhraya, disamping turut memastikan kenderaan dalam keadaan baik, serta memastikan baki TNG mencukupi.