Kesan purata harga minyak mentah global yang lebih sederhana pada 2026 – kerajaan kini menyasarkan bayaran dividen PETRONAS akan lebih rendah dengan jumlah RM20 bilion. Anggaran ini sekaligus perlihat penyusutan RM12 bilion berbanding paras dividen RM32 bilion yang dilunaskan pada tahun 2025.
Jangkaan yang dimaklumkan pada Laporan Tinjauan Fiskal MOF ini telah mengambil kira pelbagai aspek. Tahun ini aliran harga minyak mentah global telah alami penurunan 14% dengan purata $70 setong dan tahun 2026 pula akan memperlihatkan kadar yang lebih rendah sekitar $60 setong. Prestasi itu sekaligus berupaya menjejaskan hasil berkaitan petroleum.
Secara menyeluruh hasil berkaitan petroleum pada 2026 turut akan alami penurunan di Malaysia sekitar 12.5% kepada RM43 bilion. Penurunan ini dijelaskan juga sebahagian komitmen negara untuk kurangkan kebergantungan kepada hasil berasaskan komoditi berikutan ketidaktentuan harga.